Isnin, 3 Mei 2010

Dialekku dialekmu jua...mai tuisyen ramai2...=)

Dialek : Kedah

Di sini saya nak kongsikan beberapa contoh dialek utara iaitu dialek Kedah. Ini jua merupakan sebahagian tugasan saya yang lepas-lepas. Kalau nak diikutkan banyak yang ingin disenaraikan tapi tak terdaya rasanya tangan ini.hihiks.. selamat membaca ya..! =)


Kosa kata / Makna / Contoh Ayat



1. Awat (kenapa) Awat dia ponteng sekolah hari ini?


2. Beghemba (bersaing/berlumba) Tam gemar naik basikal sambil beghemba dengan rakan-rakannya.


3.Belemoih (bәlәmoih) (kotor) Keadaan kanak-kanak itu sangat belemoih selepas bermain.


4. Cakcenun(ca?cәnun) (mentadak) Saya suka bermain dengan cakcenun kerana ia jinak dan tidak berbisa.

5. Celuih (muat) Baju itu celuih di badan adik.

6. Cendehom (daun kesum) Laksa enak jika ditambah dengan cendehom.

7. Darai (pondan) Artis itu melakonkan watak darai dalam drama terbarunya.


8. Dongga (dahi luas) Dia sering diejek kerana dongga.

9. Habaq (beritahu) Abu habaq bahawa dia memenangi acara sukan itu.


10. Hat (yang) Saya suka kasut hat berwarna biru itu.

11.Hawing (baling) Bungkusan sampah itu saya hawing ke sungai.


12. Kampoi (berusaha) Kami terpaksa kampoi dengan gigih untuk menamatkan larian hingga ke garisan penamat.

13. Kepoi (kawal/kepung) Ibu ayam itu selalu kepoi anak-anaknya walau di mana sahaja.


14. Ketegaq (degil) Budak nakal itu sangat ketegaq dan tidak mahu
mendengar nasihat.

15. Kona (belok) Mereka kona ke kiri untuk pergi ke rumah penghulu.

16. Lanyau (lumpur) Badannya penuh dengan lanyau setelah pulang dari sawah.

17. Lokoih (basah kuyup) Mereka lokoih terkena hujan.

18. Loklaq (tidak senonoh) Pasangan kekasih itu berkelakuan loklaq di khalayak ramai.

19. Mangkit (bangun) Dia baru sahaja mangkit dari tidurnya.

20. Marka (kekasih) Fauzi membawa markanya jalan-jalan di Tasik Putrajaya.

21. Melahaq (kebuluran) Dia begitu melahaq kerana sudah tiga hari belum makan.

22. Melugai (mual/loya) Siti rasa melugai selepas makan nasi lemak yang dibelinya tadi.

23. Mengkelai (berkelahi) Mereka mengkelai berebutkan basikal.

24. Moi (bubur nasi) Saya suka makan moi bersama dengan sup.

25. Mot (membawa) Abang mot saya menaiki keretanya.

26. Nala (besar) Sungguh nala ular yang dijumpainya di hutan itu.

27. Nerai (barisan) Kami disuruh berdiri dalam nerai masing-masing.

28. Peknga (lempeng) Ayah gemar makan peknga sebagai sarapan pagi.

29. Rabat (panjat) Adik dimarahi emak kerana hobinya yang suka rabat pokok.

30. Satgi (nanti) Satgi saya mahu ke pasar.

31. Sia
(siã-disebut dengan sengauan) (mangkut tingkat) Lauk-pauk itu dibubuh ke dalam sia untuk dibawa ke rumah jirannya.

32. Tauk (buang) Tolong jangan tauk sampah di sini.

33. Terebei (lastik) Hobi Ali adalah terebei burung di hutan.

34. Toi(Permainan galah panjang) Saya gemar bermain toi bersama kawan-kawan ketika kecil.

35. Tokua(tokuã) (tauhu) Rojak lebih enak jika ditambah dengan tokua.

2 ulasan:

  1. 4 tahun aku duduk kedah. aku suka dengar bahasa kedah tp aku x sempat belajar semua. hehe

    BalasPadam
  2. banyak sebenarnya kalau nk disenaraikan
    di sini kapten..
    hehe..boleh la belajar sikit2 kat atas 2 erk..=)

    BalasPadam