Ahad, 13 September 2009

KATA-KATA HIKMAT

Saban hari pasti kita akan terbaca atau terdengar akan kata-kata hikmat yang secara langsung atau tidak langsung mampu memberi semangat, inspirasi, mahupun perangsang kepada kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Kata-kata hikmat atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'idiom', boleh diperolehi dari mana-mana sumber sama ada daripada buku, majalah, ataupun dipetik daripada kata-kata orang bijak pandai. Bagi diri saya secara peribadi mempunyai beberapa koleksi kata-kata hikmat yang saya anggap menarik dan datangnya dari pelbagai sumber. Antara sebahagiannya adalah :-)
1) Take care to get what you like, or you'll end up having to like what you get.
(sumber: kata-kata Pn. Hasuana, guru Sains Tingkatan 3 saya)
2) Keikhlasan ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam, di dasar laut, pada waktu tengah
malam. Ianya begitu sukar dilihat. (sumber: kata-kata guru pelatih saya dari MPSAH)
3) Life is like a sandwich. The more you add to it, the better it becomes.
(sumber: kata-kata guru tuisyen Bahasa Inggeris saya)
4) Hidup memang bukan mudah, dan kerna payahnyalah kehidupan itu, kau akan menjadi
lebih bermakna sebagai manusia. (sumber: Faizal Tehrani, novel 'Cinta Hari-Hari Rusuhan')
5) Everyone will make a mistake. That's why pencil has eraser. (sumber:buku motivasi)
6) Hidup adalah gerak, gerak adalah maju, diam bererti mati dan tertindas.
(sumber: buku 'Membersih Jiwa Dari Sifat Mazmumah')
7) Allah didn't promise day without rain, laughter without sorrow, sun without rain.
But He did promise, strength for the day, comfort for the tears, and light for the way.
(sumber: tidak dapat diingati )
8) Aku tiba di stesen hari ini, dari stesen kelmarin untuk menaiki kereta api esok.
(sumber: sebuah drama Jepun)
9) Kita boleh marah dan memang boleh marah tetapi kita jangan jadi pemarah. Dan marah
dalam erti membela kehormatan itupun harus dilalui dengan hukum yang benar.
(sumber: Al-Hikmah)
10) Jangan menangisi rezeki yang berada di tangan orang lain, sebaliknya bersyukurlah dengan
apa yang ada di tangan kita. (sumber : tidak dapat diingati)
11) Cinta itu tidak buta, tetapi penipu yang bijaksana. (sumber: Faizal Tehrani, novel
'Cinta Hari-Hari Rusuhan')
12) Keberanian datang dengan keupayaan. Tanpa keupayaan, tiadalah keberanian.
(sumber: tidak dapat diingati)

4 ulasan:

  1. selamat hari raya juga kpd ekspresi...

    BalasPadam
  2. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
    من العائدين والفائزين
    معاف ظاهير دان باطين
    جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
    سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

    BalasPadam
  3. W'salam w.b.t...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri juga sy ucapkan..
    Minal Aidil Wal Faizin...

    BalasPadam