Selasa, 24 Julai 2012

Empat Golongan Insan


I
Bagaikan huruf
Dilakarkan di atas batu
Kukuh terpaku.

Demikian segolongan insan
Dendam  mereka  mendalam
Sukar  dipadam
tergamak membalas dendam !

II
Bagaikan huruf
ditulis di atas pasir
tertera sebentar
kemudian hilang.

Demikian segolongan insan
bisa bertolak ansur
tidak lama menyimpan dendam.

III
Bagaikan huruf
dibentuk di atas air
yang mengalir tidak berbekas.

Demikian segolongan insan
mengikut jalan mudah tidak banyak karenah.

IV
Bagaikan huruf
dicorak di atas angin
yang menderu lalu
tidak tercalit.

Demikian segolongan insan
tidak pernah ambil peduli hidup hanya sementara.

-Ismail Restu,, Mingguan Malaysia,Mac  2006 -

Rabu, 11 Julai 2012

~LUkiSaN DaMai~



Saat jendela terbuka luas
hembusan angin berterbangan bebas
tabir kehidupan terjengah tanpa batas
dan bibir terukir senyuman puas.

Di lapisan langit yang membiru
terlukis awan yang muncul satu persatu
sarat bergumpal bak gula-gula kapas persisnya
seperti kemanisan gula-gula yang hanya sementara
keindahan ini juga hanyalah sementara.

Awan yang tersenyum menjadi murung
namun di sebalik kemurungan terkandung
titisan-titisan air jernih yang tak berpenghujung
mekar menyirami bagai lagu yang bersenandung.

Hujan tidak pernah berputus asa
menghilangkan haus dahaga
untuk segenap isi bumi
sekejap renyai ; adakalanya badai melanda
hadirnya dalam keriuhan
meninggalkan kesunyian
di sebalik kehijauan daun-daunan.

Butir-butir pasir di kaki
kerikil-kerikil kecil yang terselit di jari
becak pada tanah yang dipijaki
semuanya tidak lagi dirasai
pabila kaki ligat mengatur derap demi derap
menyusun laju tapak demi tapak
sehingga tercipta langkah demi langkah
mengejar impian sehingga tak berpaling lagi.

Di sebalik kanvas lukisan damai ini
mungkin masih ada yang tidak mengerti
apakah sebenarnya makna yang dicari
terkhayal dalam sentuhan duniawi.

Dan apabila rasa dan perasaan itu
tidak lagi dirasai apalagi dinikmati
jauh sekali untuk dihargai
maka terhamburlah nada irama
yang keras tanpa batas
melalui jendela yang terbuka luas.
                                              " mahakarya  : Yuha Syuhada ~ "

Isnin, 3 Mei 2010

Dialekku dialekmu jua...mai tuisyen ramai2...=)

Dialek : Kedah

Di sini saya nak kongsikan beberapa contoh dialek utara iaitu dialek Kedah. Ini jua merupakan sebahagian tugasan saya yang lepas-lepas. Kalau nak diikutkan banyak yang ingin disenaraikan tapi tak terdaya rasanya tangan ini.hihiks.. selamat membaca ya..! =)


Kosa kata / Makna / Contoh Ayat



1. Awat (kenapa) Awat dia ponteng sekolah hari ini?


2. Beghemba (bersaing/berlumba) Tam gemar naik basikal sambil beghemba dengan rakan-rakannya.


3.Belemoih (bÓ™lÓ™moih) (kotor) Keadaan kanak-kanak itu sangat belemoih selepas bermain.


4. Cakcenun(ca?cÓ™nun) (mentadak) Saya suka bermain dengan cakcenun kerana ia jinak dan tidak berbisa.

5. Celuih (muat) Baju itu celuih di badan adik.

6. Cendehom (daun kesum) Laksa enak jika ditambah dengan cendehom.

7. Darai (pondan) Artis itu melakonkan watak darai dalam drama terbarunya.


8. Dongga (dahi luas) Dia sering diejek kerana dongga.

9. Habaq (beritahu) Abu habaq bahawa dia memenangi acara sukan itu.


10. Hat (yang) Saya suka kasut hat berwarna biru itu.

11.Hawing (baling) Bungkusan sampah itu saya hawing ke sungai.


12. Kampoi (berusaha) Kami terpaksa kampoi dengan gigih untuk menamatkan larian hingga ke garisan penamat.

13. Kepoi (kawal/kepung) Ibu ayam itu selalu kepoi anak-anaknya walau di mana sahaja.


14. Ketegaq (degil) Budak nakal itu sangat ketegaq dan tidak mahu
mendengar nasihat.

15. Kona (belok) Mereka kona ke kiri untuk pergi ke rumah penghulu.

16. Lanyau (lumpur) Badannya penuh dengan lanyau setelah pulang dari sawah.

17. Lokoih (basah kuyup) Mereka lokoih terkena hujan.

18. Loklaq (tidak senonoh) Pasangan kekasih itu berkelakuan loklaq di khalayak ramai.

19. Mangkit (bangun) Dia baru sahaja mangkit dari tidurnya.

20. Marka (kekasih) Fauzi membawa markanya jalan-jalan di Tasik Putrajaya.

21. Melahaq (kebuluran) Dia begitu melahaq kerana sudah tiga hari belum makan.

22. Melugai (mual/loya) Siti rasa melugai selepas makan nasi lemak yang dibelinya tadi.

23. Mengkelai (berkelahi) Mereka mengkelai berebutkan basikal.

24. Moi (bubur nasi) Saya suka makan moi bersama dengan sup.

25. Mot (membawa) Abang mot saya menaiki keretanya.

26. Nala (besar) Sungguh nala ular yang dijumpainya di hutan itu.

27. Nerai (barisan) Kami disuruh berdiri dalam nerai masing-masing.

28. Peknga (lempeng) Ayah gemar makan peknga sebagai sarapan pagi.

29. Rabat (panjat) Adik dimarahi emak kerana hobinya yang suka rabat pokok.

30. Satgi (nanti) Satgi saya mahu ke pasar.

31. Sia
(siã-disebut dengan sengauan) (mangkut tingkat) Lauk-pauk itu dibubuh ke dalam sia untuk dibawa ke rumah jirannya.

32. Tauk (buang) Tolong jangan tauk sampah di sini.

33. Terebei (lastik) Hobi Ali adalah terebei burung di hutan.

34. Toi(Permainan galah panjang) Saya gemar bermain toi bersama kawan-kawan ketika kecil.

35. Tokua(tokuã) (tauhu) Rojak lebih enak jika ditambah dengan tokua.

Ahad, 2 Mei 2010

BUKAN NAK KATA TAPI CUMA BERKATA-KATA

Salam…..

Aku jarang2 pos entri blog ni sbb aku rsa berblog ini bkn slh 1 kepakaran aku..xpandai nk meluahkan isi hati di sini pun.Cuma sekali sekala apabla ada sesuatu yg terbuku di hati yg meminta2 utk dikeluarkan segera barulah akn terhasilnya entri. Blog ini terhasil secara mgkin paksa rela..iaitu krna bg memenuhi tuntutan salah 1 subjek pengajian aku iaitu Pengajaran BM Berbantukan Komputer. Jadi matlamat asal penubuhan blog ini adalah utk menyampaikan ilmu mengenai bhsa..tp xaktif sgt,lps je pensyarah aku amik markah blog ini terus dibiarkan sepi..kwn2 aku pun begitu, mgkin ada yg segelintir masih aktif..jadi ingin aku tegaskan kt sini,tujuan aku buat blog ini bkn ats nk cri populariti,nk ramaikan follower,nk sesakkan trafik atau cri duit tambahan..tdk sama sekali..kalo org ikhlas nk jd kwn aku pun ikhlas nk berkwn...tidak ada sebarang diskriminasi dan aku xpndg sgt populariti sesuatu blog. Dgn rsa rendah diri aku mengaku blog aku sndri xsebagus dan seindah mana..cma aku igt pesan pensyarah aku dlu tu, biar xcanggih dan menawan asalkan ada manfaat yg dikongsikan..memanusiakn manusia bkn hal yg mudah...


Tujuan aku msuk ke blog2 hanya sekadar mencari sesutau kepuasan dalam bacaan, mencari manfaat dan ilmu yg berguna..aku suka berjalan2 dari blog ke blog a.k.a blogwalking,jd pembaca senyap a.k.a silent reader tp aku lihat blog yg byk tumbuh mcm cendawan lps hujan skrg lebih kpd berkongsi hal2 peribadi, dh mcm diari peribadi harian,hal percintaan, dan benda2 yg remeh temeh yg lgsg xmenjana minda. Itu xkira lg bhsa2 yg telah dibombastikkan sehingga jd caca merba. BM dh serupa bhsa yg dh hlg arah tuju. Bdk2 tadika pun aku rsa menulis dgn lbih baik drpd mereka2 ini. Kalo tulis bhsa singkatan tu xda la nk berkira sgt kn,mmg lumrah la 2..bhsa SMS..jnji boleh difahami..tp yg m’jadi satu isu skrg adalah bhsa bombastik. Bhsa bombastik yg kononnya canggih dan ada stail ini telah merosakkan tatabahasa sehingga ke thp yg melampau-lampau.tu yg buat aku rsa marah dan kecewa sgt..nk kata diorang tu msih bdk tadika,sekolah rendah,tidak mungkin..kebanyakan daripada mereka ni ialah pelajar universiti, pekerja kolar putih,kolar biru,belang2..maknanya org yg berpendidikan tggi la kn..tp kenapa tulisan tu hampeh sgt xmenampakkan kematangan diri dan mencerminkan pemikiran org yg berpelajaran??utk apa belajar BM dr peringkat tadika smp ke peringkat menengah? sbb nk dpt gred A saja atau lulus agar layak mendapat sijil??



Kalau nk sebut psl bhsa rojak yg serupa separuh ular separuh belut tu rasanya dh basi..dh lma sgt dh bnda nih berleluasa bkn kt blog je..kalo korang nk ckp BI pun apa salahnya tp biar smp lengkap ayat tu..nih x, bla dh kering idea,xreti nk smbung lagu mna, bru dok terkial2 smbg dlm BM..awat igt kemaih sgt ka ckp lagu 2? gejala nih bkn berlaku kt org2 biasa dan kebanyakan saja, artis2 mmg toksah dok tnya lg la..yg heran pak2 menteri nih pun sma naik suka dok ckp lgu 2...kononnya nk martabatkan BM sgt tp..hmmm...dua kali lima juga dok ada...maaf la,,aku kalo emosional mst terkeluaq skit bhsa daerah.



Kepada para penggiat blog sekalian, kalo boleh jaga la martabat bhsa ibunda kita..jaga sikit perilaku dan budi bhsa ketika menulis tuh..memang..blog anda memang hak anda 100%, karya asli anda yg mmg xbleh dicetak rompak oleh lanun cetak rompak. Kita selalu marah kalo ada org yg xdikenali gemar meninggalkan komen2 yg menyayat hati yang mengutuk entri2 kta..tp jgn la kta pun nk jd seangkatan dengan si pengomen td..terima baik buruk diri dlm keadaan yg matang dan terima dgn hati yg waras..sebelum kta berhajat nk msuk ke dunia blog ini kta kna fikir risiko yg bakal menyusul pd msa akn dtg..kalo xberani terima risiko dikecam,jgn berani utk berblog..igt,bkn pujian dan pujaan saja yg perlu diterima dgn lpg dada tp kritikan juga..tp bg si pengomen sekalian, kritikan2 itu biarlah membina,tegur biar dgn cra halus dan sopan..



Anda perlu sentiasa igt bhwa kata-kata dan tulisan lebih tajam drpd pedang, boleh mempengaruhi dan memberi kesan yg besar secara xlgsg..andai tersalah tulis buruk padahnya..jgn jadikan budaya maki hamun,kutuk mengutuk,bidas membidas dgn bhsa kasar sbg budaya kita..kalo si penggiat blog tu seorang perempuan lg xelok sgt la berperilaku cmtu..sbg perempuan kta bkn perlu cantik dari segi luaran tp dalaman jga..bhsa yg kta gunakan akan sedikit sebanyak menggambarkan siapa diri kta sebenarnya..org dpt m’buat tanggapan awal terhadap seseorang melalui penulisannya, xperlu pun nk kenal dgn lebih dekat..cukup la sekadar kta bca gya penulisan seseorang kta dh boleh menilai dan merumus gaya peribadi seseorang..ini tak ditujukan buat sesiapa secara khusus, ckup la sebagai pedoman dan panduan buat semua dan kepada diri sndri juga.


Dh pnjg lebar aku b’celoteh rsanya..harap2 andai ada yg terasa hati dan xsuka dgn entri ini aku mohon maaf tulus dari hati..ini sekadar teguran ikhlas dari aku dan aku sedar aku juga xsempurna,byk lg aspek yg perlu dibuat penambahbaikan...

Sekian..wassalam...

Isnin, 26 April 2010

JOM LAYAN PANTUN....=)

Bertemu lagi dlm ruangan ini..hehe..kali nih sy nk kongsikan pantun-pantun Melayu yang sememangnya indah dan mempunyai makna yg mendalam andai diselami dengan hati yg terdalam..ewahh..hiks..pantun nih ada kategori2nya megikut skop bidang yg ingin dibicarakan..ada segelintir yg sy reka sndri dan ada yg sy pelajari dlm slh 1 subjek pengajian sy utk dikongsikan di sini..slmt berpantun! =)

1) PANTUN CINTA DAN KASIH SAYANG =)

Kain tudung kain pelangi,
dibeli dari kedai Cina,
sungguh merdu adik menyanyi,
abang teringat tidur tak lena.

Raga berisi bunga kantan,
bawang dibeli di pasar India,
hati adik sudah tertawan,
ikut abang barang ke mana.

Anak gadis berjual tauhu,
mari dijual bertempat-tempat,
kalau abang mahu tahu,
adik pergi ke manalah tempat.

Tebing tinggi pangkalan ikan,
habis ikan dijual telur,
adik di sini rindu tak makan,
abang di sana rindu tak tidur.

Ramai orang kerja di lombong,
bekerja keras mendapat gaji,
abang sungguh tidak sombong,
adik berjalan selalu memuji.

Anak Cina memasang lukah,
lukah dipasang di kayu jati,
kasih saya tidak berpisah,
ibarat rambut bersimpul mati.

Sayang kenyalang peliharaan beta,
hinggap di sebelah dara Benggali,
alang-alang bertikam mata,
baik dilangsung sama sekali.

Segan saya ke bilik sana,
di situ ada bondanya tuan,
segan saya mencium bunga,
bunga dicium serasa tuan.

Nenek tua sanggul terpacak,
dihinggapi sepasang rama-rama,
adik laksana buah masak,
bau semerbak ke mana-mana.

Dari mana hendak ke mana.
dari Jepun ke bandar China,
kalau boleh tumpang bertanya,
tolong sebutkan siapa nama.

Berenang di pantai sambil mandi,
datang kolek sampan tua,
kalau tuan berhati sudi,
bunga sekuntum bahagi dua.

Kapal korek si kapal kecil,
kapal datang dari bagan,
adik kecil abang pun kecil,
kita tunggu tahun hadapan.

Nampak dari Tanah Mekah,
di sana ramai anak bidadari,
sabarlah cinta sebelum nikah,
sama-sama menjaga diri.

2) PANTUN KECEWA @ ‘FRUST’ =(

Ketupat sebakul anyam di Meru,
dihantar pergi ke Lubuk Siam,
abang mendapat sahabat baru,
saya terbuang di dalam diam.

kelap-kelip lampu di kapal,
anak kecil memasang pelita,
air mata jatuh di bantal,
semakin diingat terlalu cinta.

Apa diharap padi Belanda,
tempat semut buat sarang,
apa diharap pada kekanda,
tiada harta bangsa pun kurang.

Pulau Pinang pulaunya indah,
Kapten Light menjadi raja,
bila terkenang sejarah yang sudah,
jatuh berlinang si air mata.

Tiga gadis mandi di perigi,
mandi banyak berbaldi-baldi,
sejak bunga dipagar besi,
kumbang di luar menghempas diri.

Anak buaya mati tersepit,
mati tersepit di tengah rimba.
tuan hamba enggang dan hamba pipit,
manakan dapat terbang bersama.

Katak melompat ke kiri dan kanan,
terlompat-lompat mencari pasangan,
kasih yang lepas dikenang jangan,
andai dikenang merana badan.

Nelayan datang menjual ikan,
jual mari ikan tenggiri,
senjataku bawa kalau tak makan,
dunia tak guna kutengok lagi.

3) PANTUN INGATAN DAN NASIHAT

Mama pergi mengirim surat,
dari Jawa sampai ke Jeli,
hidup kita dikandung adat,
budi tidak dijual beli.

Pergi bapa menjual ubat,
dari pasar terus ke Bali,
hidup di dunia biar beradat,
kasih tidak dijual beli.

Anak ayam terjun mencanak,
mencanak terjun mencari si emak,
jasamu guru amatlah banyak,
jadi ingatan dewasa kelak.

Angsa lari bertiga-tiga,
dikejar oleh si kucing belang,
menjadi guru amatlah mulia,
budi jasamu sentiasa dikenang.

Cili kecil cili Belanda,
jatuh ke lidah terasa di minda,
intan kecil jambangan mata,
tetaplah iman di dalam dada.

4) PANTUN NASIB BADAN

Pukul gendang anak Serani,
anak keling mandi minyak,
saya umpama rumput di bumi,
rendah sekali pada yang banyak.

Orang tua berbuat kebun,
buat pagar bersilang tiga,
kalau masam buah di dusun,
buat jeruk dimakan juga.

Mari bersama menanam tebu,
tanaman ditanam bertapak-tapak,
sungguh kecil dahannya jambu,
melentur ada patahnya tidak.

Bersiram mandi di tepi perigi,
pulang ke rumah menaiki perahu.
tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia siapalah yang tahu.

5) PANTUN SINDIRAN

Nak berkebun-berkebun sangat,
buah limau masak layu,
nak berpantun-berpantun sangat,
ibarat Cina masuk Melayu.

Raja Beruk ke hilir belayar,
memberi tabik gudang kompeni,
kepala tunduk menahan sabar,
hendak bercakap tidak berani.

Inderagiri kota Belanda,
Oranglah Aceh menanam buluh,
memang untung berkahwin janda,
anak besar boleh disuruh.

Laju ajung terkikis-kikis.
si ambang-ambang si bunga kayu,
Nombor satu Mr. Inggeris,
Nombor dua cikgu Melayu.

DAN AKHIR KATA TERIMALAH SERANGKAP PANTUN DARIPADA SAYA...

Mengapa pohon lebat berbuah,
kerana buah tidak dimakan,
andai ada silap dan salah,
mohon diampun mohon dimaafkan.

................. =) ...........................

Ahad, 25 April 2010

Angan-angan aku ingin menjadi jurukamera yg berseni..=)

hakhak..cm poyO dan ciwi ja tajuk aku kt ats tuh..tp itu mmg merupakan slh 1 drpd 18 cita2 yg aku simpan..hiks..ngOkngek...kalo time buhsan2 aku ska gak amik2 gmbaq sekeliling aku w'pun aku xm'punyai sebuah kamera yg mhl n ekslusip thp gOrila tuh..hiks...stakat snap gna kamera nset aku yg xseberapa megapixelnya 2 ja pun..huks..mai la jemput cuci mata tgk pic2 yg aku amik nih jgn segan2..p/s : kalo cantik bolehlah puji..kalo buruk jgnlah dikeji..hiks...=)



(pemandangan kt blkg umh aku..bendang n pokok nyoq mmg xdpt dpisahkan)




(ini ayam2 peliharaan mak ayh aku kt kg yg turut sudi m'jd model free)



(pada suatu ari tu ada sekoq kuda ikut aku blk umh..hakhak)



(mona dlm kenangan..member aku pnya..tp dh mati...siann)

(pokok bunga kesayangan aku n mak aku..)






(aku ska tgk langit dan awan..kerana awan punya keindahan yg tersendiri..=)




(megi cra saya megi yg dibubuh sos..megi cra anda??adakah dibubuh ikan yg besaq punya??)

~ TAMAT~







































































~Misteri Kerajaan Hati~

Salam....

Dh lma aku xpos en3 t'bru...rsa xde pape yg mnarik pun utk aku cterkan..lgpun skg final exam aku xabes lg..last paper 4hb nnt..tp aku tetap aku..mls gler r nk stdy..suma last mnit persediaan aku wat..hakhak..arap2 xhancur lebur la pointer aku sem nih..hukhuk..yg plg aku rsau skali 1 paper 2 yg lec dia sejibik cm mka azlee senario..hikhik..dak2 klas aku byk pggl dia Dr.Azlee..hiks..suara mmg nk seakan-akan sma..bhsa bdn pun krg lbey r..hiks..sorry dr..tp mmg tensen thp gorila la jwb paper 2..bca bku dari kulit ke kulit..last2 ape yg kuar lgsg xleh nk jwb..cm xpernah stdy pun sblum 2..dh xde tips..sume dak2 klas aku termenung je sepanjg m'jawab paper 2..dok m'cri2 akal nk tembak jerr..hiks..xpe la.arap2 la dia turunkan gred kalo rmai sgt bdk jwb cm hampeh..huhukss...

Kenapa en3 nih bertajuk "misteri kerajaan hati"..misteri r sgttt kn..apsal xbuh "misteri kerajaan Malaysia" kew? hiks..sbbnya hati kta mmg sntiasa msteri..ada byk yg d luar jangkauan kta...
rasa hati kta sntiasa berubah-ubah...sekejap suka sekejap duka,sekali benci di lain rindu..kelmarin duka esok lusa mgkin kan bahagia..btul x??

Kdg kala aku rsa lonely,sepi,xberdaya..aku rsa org2 yg aku syg akan meninggalkan aku..rakan2.keluarga..tinggal aku sendiri.sendiri dlm sepi..kdg2 aku sering berhadapan dgn jln buntu,seolah-olah dunia akan kiamat.aku rsa dihimpit ke dinding hingga tiada ruang utk bernafas. Tapi bila aku renungkan sejenak,hidup nih xakan berakhir sehingga ajal dtg menjemput..selagi nyawa belum smp ke tenggorokan..jika dilihat ke setiap arah --> utara,selatan,timur,barat masih byk inci ruang yg blum diterokai..dan seringkali penghujung jalan yg dianggap penamat,sebenarnya membawa ke denai bru yg lebih luas saujana mata memandang..aku harus bangkit..aku harus menjadi lebih berani melawan arus kehidupan..aku harus..harus..mesti..perlu..Ya Allah,berilah aku kekuatan....