Rabu, 24 Mac 2010

Gaya bahasa dalam Keterampilan Mengarang...=)

a) Paralelisme : kesamaan struktur dalam pasangan atau siri kata-kata, frasa atau klausa yang berhubungan (Corbett & Connors, 1999). Contoh ayat:
i) Bercengkerama dengan pujaan hati rupanya lebih mereka pilih daripada bercengkerama dengan keluarga, ayah, ibu, adik, dan kakak di rumah. (novel Indonesia, “ Ketika Cinta Bertasbih” episod 1, halaman 2).
ii)“Apa yang dialami oleh pekebun-pekebun kecil di pekan-pekan seperti Baling, Sik, Selama, dan Changloon sungguh buruk,” (novel Cinta Hari-Hari Rusuhan , halaman 134).

b) Isokolon : pengulangan frasa-frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Contoh ayat:
i)Kesucian jasad, kesucian jiwa, kesucian hati, kesucian niat, kesucian fikiran, kesucian hidup, dan kesucian mati. ( Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 39).
ii) Iaitu bekerja lebih tekun, belajar lebih serius, dan berdoa lebih serius. (novel Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 159).

c) Anafora : Pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa. Pengulangan ini akan menghasilkan kesan emosi yang kuat. Contoh ayat:
i) “Cinta membikin manusia tak waras. Cinta mendera”. (Cinta Hari-Hari Rusuhan, halaman 18).
ii) Bukan semata-mata sinar matahari senja yang membuat Alexandria begitu menakjubkan. Bukan semata-mata pasir putihnya yang membuat Alexandria begitu menawan. ( Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 3).

d) Epistrop : pengulangan kata-kata yang sama atau kumpulan yang sama pada akhir klausa-klausa yang berturutan. Contoh ayat:
i) Dia tidak menangis. Tidak mahu menangis. ( Cinta Hari-Hari Rusuhan, halaman 211).
ii) Musim bunga memang indah. Paginya indah. Siangnya indah. Petang indah. Malamnya indah. ( Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 92).

e) Anadiplosis : pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada permulaan klausa yang berikutnya. Contoh ayat:
i) “Nak bersuara demi kebenaran pun ada anugerah. Anugerah penjara!” (novel Melayu Cinta Hari-Hari Rusuhan, halaman 175).
ii) “Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin.” (novel Indonesia Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 81).

f) Poliptoton : pengulangan kata-kata yang berasal daripada kata akar yang sama. Contoh ayat:
i)“Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan
engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia,” ( Cinta
Hari-hari Rusuhan, halaman 99).
ii)“Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.” (Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 12).

g) Epanalepsis : pengulangan kata pada akhir sesuatu klausa yang telah terdapat pada
awal klausa. Contoh ayat:
i) “Itulah yang kau temui dan kau rasakan, saat itu.” (Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 115).

h) Anti-klimaks : penyusunan kata-kata, frasa-frasa atau klausa-klausa dalam urutan
kepentingan yang menurun. Contoh ayat:
i)Penggesaan kepada para menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan politik serta wakil-wakil rakyat supaya berkhidmat dengan jujur. ( Cinta Hari-Hari Rusuhan, halaman 157).

i) Asonansi : pengulangan bunyi vokal yang sama dalam suku kata- suku kata yang
diberi penekanan pada kata-kata yang bersebelahan. Contoh ayat:
i) Wajah Anna merah padam. ( Ketika Cinta Bertasbih episod 1,
halaman 206).

j) Aliterasi : pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih
kata- kata yang bersebelahan. Contoh ayat:
i)“Kata-kata anak era kapitalis,....” (Cinta Hari-Hari Rusuhan, halaman 11)

k) Elipsis : pengguguran secara sengaja kata atau beberapa kata yang dibayangkan oleh
konteks. Contoh ayat:
i) “Baik agamanya, akhlaknya, prestasinya, juga wajahnya.” (Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 319).
ii)“Aku akan membantumu menyelamatkan reputasimu, nama baikmu dan
keluargamu.” (Ketika Cinta Bertasbih episod 1, halaman 375).

Ini merupakan hasil tugasan saya dalam subjek "Keterampilan Mengarang" yang seakan sama dengan tugasan saya yang terdahulu iaitu "Seni Mengarang". Saya dikehendaki untuk mengkaji 2 buah novel iaitu novel tempatan dan novel dari seberang bagi menganalisis gaya bahasa yang terdapat dalam novel-novel tersebut. Novel tempatan yang saya pilih berjudul "Cinta Hari-Hari Rusuhan" karya Faisal Tehrani. Manakala novel kedua yang dikaji ialah novel dari Indonesia iaitu "Ketika Cinta Bertasbih episod 1&2" karya Habiburrahman el-Shirazy. Kedua-dua novel ini amat menarik dan mempunyai tema yang begitu berbeza tetapi padat dengan unsur pengajaran. Hanya sebahagian saja yang saya dapat paparkan dan ingin berkongsi dengan pembaca sekalian...moga ini akan menjadi pengetahuan baru buat semua yang belum pernah mempelajari mengenai keindahan gaya bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu...sekian, salam...=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan