Selasa, 24 Julai 2012

Empat Golongan Insan


I
Bagaikan huruf
Dilakarkan di atas batu
Kukuh terpaku.

Demikian segolongan insan
Dendam  mereka  mendalam
Sukar  dipadam
tergamak membalas dendam !

II
Bagaikan huruf
ditulis di atas pasir
tertera sebentar
kemudian hilang.

Demikian segolongan insan
bisa bertolak ansur
tidak lama menyimpan dendam.

III
Bagaikan huruf
dibentuk di atas air
yang mengalir tidak berbekas.

Demikian segolongan insan
mengikut jalan mudah tidak banyak karenah.

IV
Bagaikan huruf
dicorak di atas angin
yang menderu lalu
tidak tercalit.

Demikian segolongan insan
tidak pernah ambil peduli hidup hanya sementara.

-Ismail Restu,, Mingguan Malaysia,Mac  2006 -

1 ulasan:

  1. Aladin88 adalah Master Agen Betting Online Terpercaya. Kami menyediakan jasa pembuatan account betting online dari permainan SBOBET, IBCBET, 368BET (CMDBET), Winnning FT, Ubobet, SBO Casino 338a, Ion Casino, CBO855, Tangkasnet, Tangkas88, 9Joker, Klik4D, Isin4D, dan AsiaPoker77.
    YM: cs1.aladin88@yahoo.com
    Pin BB: 2B1D5AD1
    WeChat : aladin88cs
    Whatsapp: +855962761968
    SMS: + 6281287457208

    BalasPadam